Terbaru

Friday, September 26, 2014

Nahas kereta api paling tragis dalam tempoh 40 tahun



SANTIAGO . 26 September 2014 - Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan 145 orang cedera dalam satu nahas kereta api paling tragis di Sepanyol dalam tempoh 40 tahun. Nahas kereta api tersebut berlaku di Bandar Santiago yang terletak di timur negara tersebut.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi kelmarin dikatakan berpunca daripada kerosakan mekanikal di bahagian roda kereta api terbabit. Punca kejadian tersebut menyebabkan kereta api tersebut tergelincir dan merempuh penghadang konkrit di sebuah selekoh landasan.

Nahas kereta api yang terburuk pernah berlaku di Sepanyol adalah pada tahun 1976 yang mencatatkan kematian seramai 85 orang dan 116 cedera. Menurut sumber pihak berkuasa negara terbabit, Jawatankuasa Keselamatan Negara telah menguatkuasakan peraturan 'periksa dan rekod' dalam sistem pengangkutan awam di negara tersebut.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ketika dihubungi menyatakan kekesalan ke atas kejadian yang berlaku dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa nahas tersebut. Beliau menambah, 'pihak berkuasa akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kemalangan dengan segera bagi menyiasat punca nahas tersebut'.

Secara amnya, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengangkutan awam Sepanyol perlulah melaksanakan peraturan keselamatan yang lebih ketat bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Thursday, September 25, 2014

Masa Depan Negara di Tangan Belia

"Berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku pasti akan menggoncangkan dunia", begitulah kata-kata hikmah daripada Presiden Indonesia, Sukarno.

:)

Sunday, January 12, 2014

Episod Pertama : Tamat sudah kembara ilmu di bumi bertuah Sintok, yang diberi nama Universiti Utara Malaysia.

Petang itu, ketika aku tengah bekerja di sebuah kafe matrik, iaitu di cafe Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di mana tempat itu jua lah aku menyambung pengajian di peringkat matrikulasi di dalam kursus Sains Fizikal, aku telah mendapat satu panggilan daripada seorang rakan sekelas di matrikulasi, iaitu Madihah.

Dia berkata, 'amin, result UPU da keluar dah, hang boleh check dekat laman web ataupun pakai sms'.
Lalu aku seraya berkata, "betoi ka weh?, hang dapat mana? takut la check weh". hehe..

Madihah berkata, 'Aku dapat dekat UTHM, hang try la check tengok', dapat nanti hang bagitau dekat aku ok?'

Setelah itu, aku pun cuba la check result kemasukan ke universiti melalui SMS. Hantar punya hantar, last last dapat , SMS yang berbunyi, 'Tahniah! Anda telah ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda di UUM, kod pengajian : (tak ingat, haha) . Aku pun melompat kegirangan, kerna ku sangkakan hujan, rupanya panas di siang hari. Alhamdulillah.. Dalam hati ini terdetik bahawa aku tidak akan dapat lagi menyambung pengajian dek kerana keputusan yang kurang mumtaz ketika mengaji di matrik dulu. Banyak main PES sangat, hambikk kau...

Tapi, Allah sebaik2 Perancang, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

bersambung................. :)

Tuesday, July 5, 2011

Berdemonstrasi dalam stadium sahaja


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini semalam bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan yang dijadual pada 9 Julai ini.
Mereka sebaliknya bersetuju supaya perhimpunan tersebut diadakan pada tarikh yang sama di sebuah stadium yang akan ditentukan tidak lama lagi sebagaimana ditawarkan oleh kerajaan sebelum ini.
Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menghadap Tuanku Mizan petang semalam.
"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung pada Sabtu ini," kata Ambiga kepada pemberita selepas menghadap Tuanku Mizan lebih sejam setengah.
Menurut Ambiga lagi, pihaknya berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan secara aman di dalam stadium.
"Kami berpendapat ini jalan terbaik untuk meneruskan perhimpunan. Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan perhimpunan di stadium,'' katanya.
Ketiga-tiga pemimpin Bersih 2.0 itu dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 1.55 petang.
Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.
Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sebab2 Patriot Membantah Bersih 2.0

KITA BANTAH :
1.POLITIK HURU HARA PR

2.AGENDA JHT BERSIH DGN PENYUMBANG DANA POLTIK LUAR NERAGA YG SUDAH TENTU MAHU TIMBAL 
BALAS DGN SUMBANGAN MEREKA !! UTK DANA POLTIK PR PRU 13 NIH !!

3.MEMO TERSEBUT BOLEH DIHANTAR TANPA HIMPUNAN !! KNP X BUAT MCM TU ? APA AGENDA MAHU 
HIMPUNAN ? KNP MAHU HINA DYMM SBP YDP AGONG 

4.SEJARAH MEMBUKTIKAN SEJAK REFORMASI 99 ,..TIADA 1 PUN HIMPUNAN PR AMAN TANPA KECOH 
DN HURU HARA !!! DN SBB INILAH KITA BANTAH HIMPUNAN BERSIH !!!

5.KITA BANTAH HIMPUNAN BERSIH YG X PERLU !! KITA X BANTAH PERKARA 8 BAWAAN BERSIH !!!!

6.KITA BANTAH POKLTIK JAHAT BERSIH YG MENGGUNAKAN DANA LUAR DANA ASING UTK AGENDA 
POLITIK JAHAT NI !!! KITA BANTAH KLKERANA MEREKA X JUJUR !! DN MEREKA BERNIAT JAHAT !!

7.KITA BANTAH BUKAN SBB KITA UMNO !! KITA BANTAH SBB KITA JUGA RAKYAT MALAYSIA !!

8.KITA BNATAH SBB KITA X MAU..BANGSA MELAYU DIPERGUNAKAN UTK KEPENTINGAN POLTIK JAHAT
 BANGSA DAP N BANGSA INDRAP DN POLTIK PERIBADI ANWAR IBRAHIM !!!

9.KITA BANTAH SBB DEMO BERSIH INI X REALISTIK KERANA PERLUKAN HIMPUNAN DEMO !! PADAHAL..
HIMPUNAN INI X PERLU !!

10. KITA BANTAH SBB HIMPUNAN BERSIH INI 1 SHOW POLTIK SHJ !! NK TUNJUK KPD PENYUMBANG DANA
 ZIONIS YG MEREKA BERSIH DISOKONG RAKYAT !!

11..KITA BANTAH SBB PERKARA 8 ITU HANY A1 ALASAN POLTIK SHJ !!!

12.KITA PERTIKAIKAN KPD AMBIGA X PERJUANG MASALAH SISTEM KASATA AHAK ASASI MANUSIA DLM 
KAUM INDRAP MEREKA ? BUKANKAH SISTEM KASAT ITU ADALAH BAPAK KPD SEGALA DOUBLE STANDARD ????? 
KAN ITU SOAL HAK ASASI MANUSIA DN KEADILAN ? KNP AMBIGA PARIA X PERJUNAGKAN UTK BANGSANYA ?>

13.SBB ITU KITA BANTAH !! SBB KITA BOILEH MENILAI DN KITA TAHU DN ADA FAKTA BAHAWA HIMPUNAN 
BERSIH INIA DLAAH 1 SHOW POLITK SAJA UTK DPTKAN MOMENTUM POLTIK PR DN DANA ZIONIS BAGI PRU 13.!!

Wednesday, May 18, 2011

Subsidi Oh Subsidi


Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.


Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan , bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.

Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

“Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong (17.5.2011 harga minyak berada sekitar 106.6 $). Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.



Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi 80 sebulan.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion).

Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet.


p/s: Kesimpulan bagi aku, sampai bila lagikah rakyat malaysia akan terus mengharapkan subsidi untuk terus hidup. Namun, akibat terlalu disuap dan dibelai oleh kerajaan terdahulu telah membuatkan sesetengah rakyat menjadi 'jumud'. Tidak dapat menerima kenyataan apabila beberapa subsidi telah di kurangkan terhadap beberapa barang kawalan ini. 

Kerajaan faham akan kesempitan hidup rakyat,  tetapi kita juga harus memahami situasi yg dihadapi oleh kerajaan dalam mentadbir negara ini.

Aku yakin, andai kita menukar kerajaan sekalipon pada PRU ke 13 nanti kerajaan baru juga tidak akan dapat memberi subsidi yang lebih baik kerana hanya yang mentadbir akan mengetahui kemampuan kewangan negar

Satu lagi, kita janganlah berlagak pandai ataupun hebat membangkang andai tiada ilmu dalam ekonomi. Tuntutlah ilmu dalam ekonomi terlebih dahulu sebelum membuka bicara anda mengenai ekonomi negara. Kerana andai berbicara tanpa ilmu, ia akan menampakkan kebodohan anda sendiri.

Jadi fikir2 kan lah, pilihan terletak di tangan anda.   :)


                                                            Waktu petang menuai padi,
                                                             Padi di tuai di tepi kedai,
                                                             Jangan terlalu harapkan subsidi,
                                                             Kelak, nanti negara kita tergadai.


Tuesday, May 17, 2011

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Bila kita bercakap tentang perjuangan, apakah yang kita faham tntg perjuangan? dan, apakah yg diperjuangkan oleh kita? untuk siapa kita berjuang? tinggalkanlah perjuangan anda itu, andai tiada 1 pon perjuangan yg berkaitan dengan perjuangan Alif Ba Ta. Apakah Alif Ba Ta tu? Ia adalah Agama Bangsa dan Tanah Air.

Perjuangan inilah yg kita harus berpegang, dan jangan khuatir kerana ALLAH SWT sentiasa bersama dgn org2 yg benar.

Kerana perjuangan Alif Ba Ta inilah aku memilih Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk aku menabur bakti dan membela orang melayu, iaitu org Islam khususnya.

Antara konsep yg dibawa oleh GPMS adalah memperjuangkan pendidikan orang Melayu , yg mana selari dengan kehendak aku untuk membantu orang2 di bawah aku ini untuk terus berjaya.

Kerana melalui pendidikan lah, kita akan menjadi org yg berguna. kerana pendidikanlah, kita akan mencapai apa yg kita ingin kecapi, kerana pendidikan lah kita mengenal Allah SWT, dan kerana pendidikan lah yg akan membawa kita sama ada ke syurga atau neraka?

oleh tu, aku nak teranglah serba sedikit mengenai GPMS nie:

Penubuhan GPMS digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Kolej Raffles dan Kolej
Perubatan King Edward di Singapura (kolej ini kemudiannya menjadi Universiti Malaya,
Singapura selepas bergabung dengan Kolej Raffles). Mereka yang bertanggungjawab
mengadakan konvensyen dan menubuhkan Jawatankuasa Sementara GPMS dibarisi oleh
Aminuddin Baki (Presiden GPMS 1950-1951 dan 1952-1953), Datuk Paduka Prof. Abdul
Wahab Mohamed Ariff (Presiden GPMS 1948-1949), Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid
dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

GPMS adalah satu-satunya persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara
ini hasil dari kesedaran akan pentingnya bidang akademik di kalangan anak-anak Melayu.
GPMS memperkenalkan konsep kelas bimbingan sejak tahun 1950-an lagi. Kegiatan kelas
bimbingan ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar dan masyarakat pada
masa itu. Mulai tahun 1960-an, pertubuhan belia negara ini mula menjadikan kelas bimbingan
sebagai aktiviti persatuan.
Dalam tahun 1958, GPMS mula meneroka aktiviti-aktiviti baru dengan mengadakan kursus
untuk pelajar. Dalam kursus ini, konsep perkhidmatan masyarakat mula diperkenalkan. Ahli-ahli
GPMS khususnya dari Universiti Malaya bergerak mendampingi masyarakat dan meniupkan
kesedaran ke dalam diri mereka akan peri pentingnya pelajaran sebagai kunci kemajuan
bangsa. Sebagai susulan daripada kejayaan program itu, projek Gerakan Obor pula
dipergiatkan. Pada tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat di
beberapa buah tempat di tanah air.

Sejak tahun 1970-an, GPMS berusaha membantu pelajar melalui program siri Ceramah Teknik
Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Dan STPM. Zaman terus berlalu, GPMS ikut merintis
program-program baru seperti Ceramah Motivasi, Seminar Teknik Pembelajaran Secara
Berkesan, Seminar Bimbingan Kerjaya, Peluang Melanjutkan Pelajaran, Kem Pendidikan dan
Kem Kerjaya. Segala aktiviti yang menjurus kepada pendidikan mencerminkan perjuangan
utama dan iltizam GPMS. GPMS sentiasa bekerjasama dengan badan dan organisasi lain yang berusaha meninggikan taraf pendidikan anak-anak bangsa Melayu.

Dalam usianya sudah mencecah 60 tahun, perjuangan GPMS berhasil memperkasakan
perjuangan pelajar Melayu yang tidak pernah kunjung padam. GPMS yang mempunyai
cawangan dan badan gabungan di seluruh semenanjung berusaha tanpa jemu untuk
kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Melayu demi maruah bangsa dan negara.
Berbekalkan moto ‘Belajar Terus Belajar’, GPMS terus memperjuangkan dan membela nasib
pelajar-pelajar Melayu. Mudah-mudahan usaha murni ini demi memartabatkan agama Islam,
bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan
daripada Allah SWT.
                                    
                                    HALA TUJU GPMS 2009-2012
  1.                      GPMS SEBAGAI SATU BADAN 'NON PARTISAN'
  2.                      GPMS SEBAGAI GEDUNG MELAHIRKAN PEMIMPIN
  3.                      CAWANGAN-CAWANGAN KHAS GPMS ADALAH TUNJANG GPMS   KEBANGSAAN                                                        





             Antara wajah2 pengasas dan pejuang GPMS suatu ketika masa dahulu.