Terbaru

Tuesday, May 17, 2011

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Bila kita bercakap tentang perjuangan, apakah yang kita faham tntg perjuangan? dan, apakah yg diperjuangkan oleh kita? untuk siapa kita berjuang? tinggalkanlah perjuangan anda itu, andai tiada 1 pon perjuangan yg berkaitan dengan perjuangan Alif Ba Ta. Apakah Alif Ba Ta tu? Ia adalah Agama Bangsa dan Tanah Air.

Perjuangan inilah yg kita harus berpegang, dan jangan khuatir kerana ALLAH SWT sentiasa bersama dgn org2 yg benar.

Kerana perjuangan Alif Ba Ta inilah aku memilih Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk aku menabur bakti dan membela orang melayu, iaitu org Islam khususnya.

Antara konsep yg dibawa oleh GPMS adalah memperjuangkan pendidikan orang Melayu , yg mana selari dengan kehendak aku untuk membantu orang2 di bawah aku ini untuk terus berjaya.

Kerana melalui pendidikan lah, kita akan menjadi org yg berguna. kerana pendidikanlah, kita akan mencapai apa yg kita ingin kecapi, kerana pendidikan lah kita mengenal Allah SWT, dan kerana pendidikan lah yg akan membawa kita sama ada ke syurga atau neraka?

oleh tu, aku nak teranglah serba sedikit mengenai GPMS nie:

Penubuhan GPMS digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Kolej Raffles dan Kolej
Perubatan King Edward di Singapura (kolej ini kemudiannya menjadi Universiti Malaya,
Singapura selepas bergabung dengan Kolej Raffles). Mereka yang bertanggungjawab
mengadakan konvensyen dan menubuhkan Jawatankuasa Sementara GPMS dibarisi oleh
Aminuddin Baki (Presiden GPMS 1950-1951 dan 1952-1953), Datuk Paduka Prof. Abdul
Wahab Mohamed Ariff (Presiden GPMS 1948-1949), Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid
dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

GPMS adalah satu-satunya persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara
ini hasil dari kesedaran akan pentingnya bidang akademik di kalangan anak-anak Melayu.
GPMS memperkenalkan konsep kelas bimbingan sejak tahun 1950-an lagi. Kegiatan kelas
bimbingan ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar dan masyarakat pada
masa itu. Mulai tahun 1960-an, pertubuhan belia negara ini mula menjadikan kelas bimbingan
sebagai aktiviti persatuan.
Dalam tahun 1958, GPMS mula meneroka aktiviti-aktiviti baru dengan mengadakan kursus
untuk pelajar. Dalam kursus ini, konsep perkhidmatan masyarakat mula diperkenalkan. Ahli-ahli
GPMS khususnya dari Universiti Malaya bergerak mendampingi masyarakat dan meniupkan
kesedaran ke dalam diri mereka akan peri pentingnya pelajaran sebagai kunci kemajuan
bangsa. Sebagai susulan daripada kejayaan program itu, projek Gerakan Obor pula
dipergiatkan. Pada tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat di
beberapa buah tempat di tanah air.

Sejak tahun 1970-an, GPMS berusaha membantu pelajar melalui program siri Ceramah Teknik
Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Dan STPM. Zaman terus berlalu, GPMS ikut merintis
program-program baru seperti Ceramah Motivasi, Seminar Teknik Pembelajaran Secara
Berkesan, Seminar Bimbingan Kerjaya, Peluang Melanjutkan Pelajaran, Kem Pendidikan dan
Kem Kerjaya. Segala aktiviti yang menjurus kepada pendidikan mencerminkan perjuangan
utama dan iltizam GPMS. GPMS sentiasa bekerjasama dengan badan dan organisasi lain yang berusaha meninggikan taraf pendidikan anak-anak bangsa Melayu.

Dalam usianya sudah mencecah 60 tahun, perjuangan GPMS berhasil memperkasakan
perjuangan pelajar Melayu yang tidak pernah kunjung padam. GPMS yang mempunyai
cawangan dan badan gabungan di seluruh semenanjung berusaha tanpa jemu untuk
kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Melayu demi maruah bangsa dan negara.
Berbekalkan moto ‘Belajar Terus Belajar’, GPMS terus memperjuangkan dan membela nasib
pelajar-pelajar Melayu. Mudah-mudahan usaha murni ini demi memartabatkan agama Islam,
bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan
daripada Allah SWT.
                                    
                                    HALA TUJU GPMS 2009-2012
  1.                      GPMS SEBAGAI SATU BADAN 'NON PARTISAN'
  2.                      GPMS SEBAGAI GEDUNG MELAHIRKAN PEMIMPIN
  3.                      CAWANGAN-CAWANGAN KHAS GPMS ADALAH TUNJANG GPMS   KEBANGSAAN                                                        





             Antara wajah2 pengasas dan pejuang GPMS suatu ketika masa dahulu.











No comments:

Post a Comment