Terbaru

Friday, September 26, 2014

Nahas kereta api paling tragis dalam tempoh 40 tahun



SANTIAGO . 26 September 2014 - Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan 145 orang cedera dalam satu nahas kereta api paling tragis di Sepanyol dalam tempoh 40 tahun. Nahas kereta api tersebut berlaku di Bandar Santiago yang terletak di timur negara tersebut.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi kelmarin dikatakan berpunca daripada kerosakan mekanikal di bahagian roda kereta api terbabit. Punca kejadian tersebut menyebabkan kereta api tersebut tergelincir dan merempuh penghadang konkrit di sebuah selekoh landasan.

Nahas kereta api yang terburuk pernah berlaku di Sepanyol adalah pada tahun 1976 yang mencatatkan kematian seramai 85 orang dan 116 cedera. Menurut sumber pihak berkuasa negara terbabit, Jawatankuasa Keselamatan Negara telah menguatkuasakan peraturan 'periksa dan rekod' dalam sistem pengangkutan awam di negara tersebut.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ketika dihubungi menyatakan kekesalan ke atas kejadian yang berlaku dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa nahas tersebut. Beliau menambah, 'pihak berkuasa akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kemalangan dengan segera bagi menyiasat punca nahas tersebut'.

Secara amnya, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengangkutan awam Sepanyol perlulah melaksanakan peraturan keselamatan yang lebih ketat bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Thursday, September 25, 2014

Masa Depan Negara di Tangan Belia

"Berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku pasti akan menggoncangkan dunia", begitulah kata-kata hikmah daripada Presiden Indonesia, Sukarno.

:)

Sunday, January 12, 2014

Episod Pertama : Tamat sudah kembara ilmu di bumi bertuah Sintok, yang diberi nama Universiti Utara Malaysia.

Petang itu, ketika aku tengah bekerja di sebuah kafe matrik, iaitu di cafe Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di mana tempat itu jua lah aku menyambung pengajian di peringkat matrikulasi di dalam kursus Sains Fizikal, aku telah mendapat satu panggilan daripada seorang rakan sekelas di matrikulasi, iaitu Madihah.

Dia berkata, 'amin, result UPU da keluar dah, hang boleh check dekat laman web ataupun pakai sms'.
Lalu aku seraya berkata, "betoi ka weh?, hang dapat mana? takut la check weh". hehe..

Madihah berkata, 'Aku dapat dekat UTHM, hang try la check tengok', dapat nanti hang bagitau dekat aku ok?'

Setelah itu, aku pun cuba la check result kemasukan ke universiti melalui SMS. Hantar punya hantar, last last dapat , SMS yang berbunyi, 'Tahniah! Anda telah ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda di UUM, kod pengajian : (tak ingat, haha) . Aku pun melompat kegirangan, kerna ku sangkakan hujan, rupanya panas di siang hari. Alhamdulillah.. Dalam hati ini terdetik bahawa aku tidak akan dapat lagi menyambung pengajian dek kerana keputusan yang kurang mumtaz ketika mengaji di matrik dulu. Banyak main PES sangat, hambikk kau...

Tapi, Allah sebaik2 Perancang, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

bersambung................. :)