Terbaru

Sunday, January 12, 2014

Episod Pertama : Tamat sudah kembara ilmu di bumi bertuah Sintok, yang diberi nama Universiti Utara Malaysia.

Petang itu, ketika aku tengah bekerja di sebuah kafe matrik, iaitu di cafe Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di mana tempat itu jua lah aku menyambung pengajian di peringkat matrikulasi di dalam kursus Sains Fizikal, aku telah mendapat satu panggilan daripada seorang rakan sekelas di matrikulasi, iaitu Madihah.

Dia berkata, 'amin, result UPU da keluar dah, hang boleh check dekat laman web ataupun pakai sms'.
Lalu aku seraya berkata, "betoi ka weh?, hang dapat mana? takut la check weh". hehe..

Madihah berkata, 'Aku dapat dekat UTHM, hang try la check tengok', dapat nanti hang bagitau dekat aku ok?'

Setelah itu, aku pun cuba la check result kemasukan ke universiti melalui SMS. Hantar punya hantar, last last dapat , SMS yang berbunyi, 'Tahniah! Anda telah ditawarkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda di UUM, kod pengajian : (tak ingat, haha) . Aku pun melompat kegirangan, kerna ku sangkakan hujan, rupanya panas di siang hari. Alhamdulillah.. Dalam hati ini terdetik bahawa aku tidak akan dapat lagi menyambung pengajian dek kerana keputusan yang kurang mumtaz ketika mengaji di matrik dulu. Banyak main PES sangat, hambikk kau...

Tapi, Allah sebaik2 Perancang, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

bersambung................. :)